Friday, July 10, 2015

Surat Makluman Bengkel ICT kepada Ibu Bapa


Kepada,
Ibu bapa / Penjaga
Murid-murid ICT Tingkatan 5

Tuan/Puan,

surat makluman BENGKEL kerja kursus ICT 3765/2


Perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Bengkel Kerja Kursus ICT akan diadakan untuk murid-murid ICT Tingkatan 5 mengikut jadual berikut:
  
Tarikh/Hari
Masa
Catatan
10 Julai 2015 (Jumaat)
12:10 – 3:00 petang
Murid-murid akan menjalani bengkel mengikut kumpulan
11 Julai 2015 (Sabtu)
8:00 – 11:30 pagi
             
3. Objektif bengkel ini adalah untuk mengemaskini portfolio kerja kursus ICT dan memantapkan kerja kursus ICT yang telah disiapkan oleh anak Tuan / Puan.  

4.  Jasa baik dan kerjasama Tuan / Puan adalah dimohon untuk memastikan anak Tuan / Puan hadir dalam bengkel ini dan menyiapkan semua kerja kursus ICT dengan sempurna.  Keperhatinan Tuan / Puan dalam hal ini amat kami hargai. dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

FIRST THINGS FIRST
 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

(CHONG FUI HA)
Guru ICT Tingkatan 5

Welcome to Fui Ha's Blog